Aku membesar dengan cukup kasih sayang. Alhamdulillah, umi abah membesarkan aku dalam suasana medium income family. Semua keperluan cukup. Duit sekolah sentiasa ada , cukup makan, minum, baju sekolah, baju raya.
Ada seorang rakan pernah menyatakan beliau cukup iri hati dengan keluarga aku, kerana keluargaku kelihatan sempurna.Ayahku tidak pernah solat tanpa berjemaah dan ibuku seorang yang dermawan. Alhamdulillah.
Bilamana aku melihat kakak yang berlainan ibu membenci ayahku, aku pelik dan tidak dapat menerima keputusannya. aku menasihatinya supaya sentiasa bersangkaan baik dan dan taat pada ayahku. Bukan itu saja, aku turut menasihati kakakku bahawa Allah tidak akan meredhai seorang anak yang tidak diredhai oleh kedua orang tuanya. Jauh di sudut hati, aku tidak pernah benar2 memahami kakakku.
Setelah aku berumur 21 tahun, aku dikejutkan dengan berita ayahku akan bernikah lagi. Ibuku menangis-nangis bilamana mencaritakan apa yang terjadi. Seluruh hidupku tiba-tiba berubah 360 darjah. Aku tidak lagi melihat ibubapaku bertegur sapa , apatah lagi bergurau. Ibuku seringkali menangis tiap hari, kurang selera dah sukar untuk tidur. Proses perkahwinan ayahku telah membuatkan hidup ibuku gelap, tetapi aku tidak putus menasihati ibuku supaya bersabar dan bersangkaan baik dengan Allah. Walhal aku sendiri sukar untuk menerima hakikat yang sebenar. Sehingga aku memilih untuk berjauhan dengan kedua orang tuaku kerana aku tidak sanggup melihat situasi tersebut.
Dua tahun setelah ayahku bernikah, hidup ibuku penuh pancaroba. Sehinggalah Allah mentakdirkan ibuku untuk meninggal dunia kerana komplikasi pembedahan jantung. Sehari setelah ibuku meninggal, ayahku membawa isteri barunya ke rumah arwah ibuku. Kami sekeluarga terkejut, ini bukanlah masa yang sesuai untuk membawa seseorang yang telah menghancurkan hidup arwah. Aku tidak dapat menahan perasaan, lalu aku menegur ayahku akan tindakannya itu. tetapi ayahku menegaskan bahawa hidupnya dan isteri kedua sudah cukup merana kerana ibuku. Aku tidak dapat menahan perasaan, sehingga aku menangis teresak-esak dihadapan suamiku. Aku ingat ayat tersebut sehingga hari ini, dan aku nekad tidak akan memaafkan ayahku selama-lamanya.
Dua tahun setelah kematian ibuku, tiap kali aku bersua muka dengan ayahku, aku cuba untuk menyembunyikan perasaan sakit hatiku. Namun, aku telah tiba pada kemuncaknya, dimana aku berasa sangat marah. Ketika itu aku mengandungkan anak ketiga. Emosiku seringkali berubah-ubah. Pada suatu hari, ayahku muncul tiba-tiba dan ingin bermalam dirumah yang aku diami. Aku berasa sangat tertekan sehinggakan aku keluar dari rumah tiba-tiba, tanpa sepatah kata. Tiap kali, aku cuba menghindarkan ayahku. Sehinggalah aku merasa penat. Aku mengadu kepada Allah setiap hari. Aku tidak tahu bagaimana untuk menghadapi perasaan ini. Suatu hari, sedang aku scroll through instagram , aku terjumpa suatu kisah guru.
satu hari, seorang guru menulis dipapan tulis.
8 x 1 = 7
8 x 2 = 16
8 x 3 = 24
8 x 4 = 32
8 x 5 = 40
8 x 6 = 48
8 x 7 = 56
8 x 8 = 64
8 x 9 = 72
8 x 10 = 80
Setelah selesai, ia melihat kepada murid-muridnya
dan mereka semua mentertawakan dia sebab
jawapan perkalian "8 x 1 = 7" itu salah.
kemudaian sang Guru berkata.
" saya sengaja menulis jawapan yang salah
dalam perkalian yang pertama, kerana saya mahu engkau
belajar sesuatu yang SANGAT PENTING
ini untuk membuat engkau mengerti bagaimana
dunia memperlekehkan engkau".
kamu dapat melihat bahawa saya menjawab BENAR
sebanyak 9 kali, tetapi tidak ada diantara kamu yang memuji
saya. semua tertawa dan mengkritik saya kerana
SATU JAWAPAN SALAH yang saya lakukan.
jadi inilah yang harus engkau sedari......
" Dunia tidak akan memuji engkau
untuk perkara-perkara baik yang engkau lakukan,
tetapi dunia akan mengkritik dan mentertawakan engkau
untuk SEBUAH KESALAHAN yang engkau lakukan.
Setelah membaca kisah guru tersebut, terus aku tersentak. Selama ini ayahku telah melakukan yang terbaik sebagai seorang ayah. Selama 21 tahun ayahku mendidikku dan menyediakan semua keperluanku.
Salah ayahku hanya satu, walhal kebaikan yang ayahku lakukan tidak terkira. Aku terus menangis.Aku memohon kepada Allah supaya hilangkanlah perasaan marahku ini, arwah ibuku juga tidak mahu aku membenci ayahku. Ayahku juga manusia biasa yang mempunyai khilaf. Aku pernah berjanji kepada ayahku untuk sentiasa mendoakannya selama aku masih hidup. Dan aku tidak memenuhi janji tersebut. Lantas aku berdoa lagi, semoga Allah sentiasa memudahkan segala urusan ayahku, aku maafkan semua salah salah ayahku, aku berharap ayahku juga memaafkanku.Aku tidak mahu menjadi anak derhaka. Salah yang ayahku lakukan adalah antara ayahku dan Allah. Bukan tugasku untuk menghukum ayahku. Suatu hari nanti, aku akan mempunyai anak juga. aku tidak mahu anak aku membenci aku kerana satu kesalahan yang aku lakukan. aku juga manusia biasa yang mempunyai khilaf.
No comments:
Post a Comment